Bekas Timbalan Panglima Tentera Laut Meninggal Dunia

Bekas Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan meninggal dunia akibat kanser kolon awal pagi tadi di Hospital Sultan Mizan Zainal Abidin. Beliau meninggalkan seorang balu serta tiga cahaya mata. Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Khalid Al Walid dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves pagi ini.