Tutup

Belanjawan 2020: Beri perhatian kepada Langkawi dengan menyuntik dana tambahan

Menjelang pengumuman Belanjawan 2020 yang akan diumumkan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, 11 Oktober ini, industri pelancongan Langkawi diharap dapat mendapat suntikan tambahan dana. Beberapa penggiat pelancongan di pulau bebas cukai itu, rata-rata senada memohon kerajaan memberi lebih perhatian terhadap industri itu di Langkawi sekali gus merancakkan lagi agenda mempromosi 'Visit Malaysia 2020'.