Tutup

Belanjawan 2020: OKU 18 tahun ke atas layak terima BSH

Mulai tahun depan, kerajaan akan memperuntukkan 5 bilion ringgit bagi skim Bantuan Sara Hidup (BSH). Ia sekaligus meliputi 1.1 juta individu bujang berumur 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Untuk rekod, pada 2019, BSH memberi manfaat kepada 3.9 juta isi rumah. Sebagai tambahan, orang kelainan upaya (OKU) berumur 18 tahun dan ke atas juga layak menerima bayaran BSH.