Tutup

Belanjawan 2020: Pembelian ubat secara pukal lebih jimat

Peruntukan 500 juta ringgit melalui Belanjawan 2020 bagi pembelian ubat secara pukal yang membabitkan tiga kementerian dilihat mampu memberikan penjimatan terbaik berbanding yang dibeli secara berasingan. Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pembelian ubat secara pukal itu melibatkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan.