Beli belah di Mydin guna dompet digital, Boost

Rangkaian peruncitan dan pemborongan terbesar, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) meluaskan pilihan kaedah pembayaran kepada pelanggannya menerusi transaksi tanpa tunai dengan aplikasi dompet mudah alih tempatan, Boost. Kaedah itu boleh digunakan di semua 75 gedung borong dan runcit Mydin di seluruh negara termasuk rangkaian kedai premium milik syarikat tersebut, Sam's Groceria.