Belia, atlet disaran ceburi bidang pendidikan TVET

Kerajaan Negeri Terengganu menyarankan para belia dan atlet di negeri itu menceburkan diri dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia,Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata langkah itu juga merupakan platform terbaik bagi atlet dinegeri itu untuk membina kerjaya selepas tidak terlibat dalam sukan.