Tutup

Belia kini berumur 15 hingga 30 tahun

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668). Ia selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengemukakan undian secara suara selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggulung usul tersebut. Selain menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun, pindaan lain membabitkan peruntukan tempoh pemegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan iaitu tidak lebih empat tahun bersamaan dua penggal.