Benarkah rakyat tempatan jadi dalang?

Sindiket penipuan yang memperdaya 47 rakyat Malaysia sehingga ditahan pihak berkuasa Kemboja mungkin didalangi individu tempatan. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata Kerajaan Negeri kini menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.