Bencana Kim-Kim: Keputusan tepat akan diperoleh

Gabungan kepakaran Pasukan Petugas Khas (Task Force) akan memperoleh keputusan tepat bagi mencari punca masalah pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, siasatan itu giat dilakukan dan mungkin mengambil sedikit masa.