Berang cinta ditolak, warga Bangladesh toreh muka wanita tempatan

Berang kerana cinta ditolak, seorang lelaki warga Bangladesh bertindak menoreh muka wanita warga tempatan berusia 24 tahun, 7 Feb lalu. Mangsa cedera di muka dengan kesan koyakan lebih lima sentimeter dari bibir hingga ke pipi kanan selepas dikelar dengan objek tajam oleh lelaki itu.