Bergabung dengan PAS, Zahid khianat semangat BN - MCA

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengkhianati semangat Barisan Nasional apabila membuat tawaran kepada PAS untuk bergabung. Demikian tegas Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong sambil menyifatkan Presiden UMNO itu hanya boleh berbuat demikian jika parti itu keluar daripada BN dan bergerak sebagai parti bebas.