Beri kami 24 jam ambil tindakan jika harga tong air dinaikkan

Lazimnya ada pihak ambil kesempatan dalam kesempitan. Dalam isu ketiadaan bekalan air, ada pula pihak mendakwa peniaga naikkan harga tong susulan catuan air di Kuala Lumpur dan Selangor bermula esok. Namun Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution sahkan tiada kenaikan berlaku sehingga kini.