Beri ruang buat Nurfarhana tenangkan fikiran - Abang

Ahli keluarga kepada Nurfarhana Ibrahim yang dilaporkan hilang baru-baru ini meminta semua pihak memberi ruang kepada ustazah itu untuk berehat selepas melalui saat paling sukar dalam hidupnya. Menurut Ahmad Fahmi Ibrahim, 45 tahun, perkara itu merupakan tindakan adik iparnya sendiri agar emosi Nurfarhana tidak perlu diganggu sekali gus diberi tekanan.