Bermula 2019, jadual SPM diawalkan

Bermula 2019, jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM akan diawalkan. Berbanding sekarang, ia mungkin diadakan selewat-lewatnya akhir September atau awal Oktober. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, memaklumkan Kementerian Pendidikan akan memperkenal sistem jadual peperiksaan anjal atas faktor logistik, cuaca serta kebajikan pelajar.