Tutup

Bersama mencegah epidemik bunuh diri

Setiap tahun, 8 ratus ribu nyawa diragut akibat bunuh diri. Secara matematiknya, angka itu sama dengan satu kematian setiap 40 saat. Di Malaysia sahaja, sekurang-kurangnya lima kematian akibat bunuh diri dicatat setiap hari. Paling menakutkan, statistik ini catat peningkatan setiap tahun, terutamanya membabitkan golongan belia.