BERSATU berdepan kesukaran memantapkan pengaruh di Sarawak

Kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Sarawak bukan mengejutkan sebaliknya sudah dijangka dan diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini. Bagaimanapun Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berpendapat tidak mudah untuk BERSATU memantapkan pengaruhnya di Bumi Kenyalang sebelum Pilihan Raya Negeri kerana proses tersebut memerlukan masa.