Bersatu jangan cuba jadi UMNO - Syed Saddiq

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta tidak menjadikan parti itu seperti UMNO dan mengamalkan unsur sogokan dalam politik. Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia termasuk menolak petualang UMNO yang disifatkan berhijrah ke Bersatu dengan alasan mahu bertukar kiblat.