Bersatu ke Sabah: Baiknya jika dirunding - Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap isu Parti Peribumi Bersatu Malaysia (bersatu) untuk bertapak ke Sabah melalui proses rundingan dengan Parti Warisan Sabah (Warisan). Jelasnya, ia bagi mewujudkan persefahaman antara parti memandangkan kedua-duanya mempunyai hubungan yang baik.