Bersatu Sabah akan sokong Warisan

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata partinya akan memberi sepenuh sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin Parti Warisan Sabah. Beliau menegaskan kehadiran Bersatu di Sabah bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada atau merebut mana-mana jawatan.