BERSATU tidak akan sekat suara lantang anak muda

Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak akan menyekat suara lantang yang meluahkan kritikan, asalkan ia tidak melampaui batas. Tegas Presiden Parti Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli parti terutama anak muda memerlukan ruang untuk proses pembelajaran dan menimba pengalaman.