Bersatu tidak sama dengan UMNO - Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail percaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan menjadi seperti UMNO sekiranya parti itu menerima kemasukan ahli dari parti berkenaan. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, ia kerana asas penubuhan kedua-dua parti itu berbeza.