Bersedia ke mahkamah jika gagal utamakan Bahasa Malaysia

Satu jawatankuasa Kabinet akan dibentuk bagi memperkasa Bahasa Malaysia agar ia terus diberi keutamaan dalam setiap sektor di negara ini. Antara tumpuan jawatankuasa tersebut termasuk mewujudkan akta penguatkuasa undang-undang yang akan diberi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).