Tutup

Bertarung nyawa diami rumah condong

Kira-kira 110 penduduk membabitkan 24 buah rumah di Taman Malim Permai, Melaka terpaksa pertaruh nyawa selepas kediaman yang didiami mereka sejak 23 tahun lalu ibarat menunggu masa untuk 'menyembah bumi'. Semakin hari, kediaman yang mula dibina sejak tahun 1996 itu lagi, semakin 'condong' ekoran faktor mendapan tanah yang didakwa berpunca daripada kecuaian pihak pemaju.