Tutup

Bertemu pembangkang: 'Azmin bukan parti saya' - Tun M

Dr Mahathir masih enggan mengemukakan pandangan beliau berhubung pertemuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan pemimpin Barisan Nasional (BN). Sebaliknya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuat keputusan.