Video  | Dunia

Biar ribut membadai, perkahwinan tetap diteruskan

Ribut tropika yagi yang melanda Filipina tidak menghalang pasangan dari Luzon untuk mendirikan rumah tangga. Mana taknya, akibat ribut berkenaan, banyak kawasan musnah akibat hujan lebat serta banjir yang melanda. Di Bulacan, pasangan ini mendirikan rumah tangga mereka biarpun gereja dibanjiri air. Biar keruh air banjir, tetapi kesucian cinta mereka tetap dirai sahabat dan taulan. Cerita cinta mereka ini dirakamkan Bautista Banarez Tere yang tular di semua platform media sosial hari ini.