Tutup

Biar Tun M kekal PM hingga selesai penggal

Mana-mana pihak mahupun individu yang ghairah mendapatkan kuasa segera, diminta menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tindakan itu bukan sahaja menggugat keyakinan pelabur, ia juga disifatkan sebagai - kerajaan pintu belakang. Bagaimanapun, Mohamed Azmin tidak memperincikan individu terbabit yang ghairah untuk menggerakkan usaha mengubah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan itu.