Tutup

Biarpun kempen lewat, calon Bebas tak mahu hilang deposit

Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Faridah Aryani Abdul Ghaffar akhirnya memulakan kempen bertemu pengundi setelah tujuh hari berlalunya hari penamaan calon. Menurut beliau, ini merupakan strategi yang terpaksa dilakukan memandangkan kekurangan dana serta jentera yang lebih kecil berbanding calon lain seperti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.