Tutup

Bicara 1MDB: Perjanjian PSI & PETROSAUDI dibuat pada 25 Sept 2009

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, saksi pendakwaan kesembilan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, perjanjian untuk perjanjian pinjaman antara Petrosaudi International Ltd (PSI) dan Petrosaudi (Holdings) Cayman Ltd. ditandatangani pada 25 september 2009. Shahrol berkata, dia terbang ke london dengan Bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang dan peguam, Brian Chia untuk menandatangani perjanjian itu dan ke sana lagi untuk membincangkan perkara berhubung pemindahan RM2.93 juta (US$700 juta) pada bulan Oktober. Kita bersama Wan Syamsul Amly untuk perkembangan lanjut.