Bicara Borneo: Alan Pui dekati pesakit mental

Pada Mac lalu, Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Ng Chong Guan melaporkan 30 peratus populasi Malaysia mengalami sakit mental. Malah kajian pakar lebih awal sebelum itu membuktikan bahawa terdapat 2,000 kes baharu didiagnosis Schizophrenia di Malaysia setiap tahun. Ini membuktikan penyakit ini bukan baharu dalam kalangan rakyat kita. Tetapi pernahkah kita mendengar penyakit ini daripada sudut pandang pesakitnya sendiri?