Tutup

Bicara Borneo: Runtuhan batu gempa bumi bertukar pusat pelancongan

Tiga tahun yang lalu Sambatan Gunsalahon, 67, hanya mampu bersedih apabila hasil tanaman yang menjadi sumber pendapatan keluarganya musnah dihanyutkan banjir lumpur ekoran kejadian gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu pada tahun 2015. Mengalami kerugian hampir RM100 ribu ekoran kejadian itu memberi tamparan hebat hingga membuatkannya menjadi seorang yang kental.