Bicara Sarawak: Anak Sarawak jangan tenggelam harungi industri 4.0

Anak Negeri Sarawak diseru memanfaatkan peluang latihan kemahiran dalam bidang teknologi tinggi bersesuaian dengan arus perkembangan industri 4.0. Saranan ini dibuat Menteri Muda Pembangunan Industri Sarawak, Malcolm Musen Lamoh yang mahu mereka mengambil tindakan positif kerana industri 4.0 mampu membuka peluang pekerjaan baharu.