Bicara Sarawak: BN Sarawak lancar Manifesto PRU14

Semalam (Isnin). Barisan Nasional Sarawak melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan enam teras khusus bagi rakyat di negeri ini. Manifesto dilancarkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg itu merupakan tambahan kepada Manifesto BN Pusat yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu lalu.