Video  |  Malaysia

Bicara Sarawak: Penerbangan terus Kuching - Shenzen hujung tahun ini

Sarawak bakal menerima perkhidmatan penerbangan terus airasia antara Kuching dan Shenzen, China pada hujung tahun ini. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan juga akan bekerjasama dengan syarikat itu bagi mewujudkan lebih banyak penerbangan terus dari kuching ke beberapa destinasi di seluruh dunia.