Bicara Sarawak: Peniaga Kuching perlu lapangkan laluan kaki lima

Sebanyak 60 buah premis perniagaan di sekitar bandaraya Kuching dikenalpasti menggunakan laluan kaki lima sebagai tempat untuk meletakkan gerai makanan. Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dr. Morshidi Ahmad berkata tindakan segelintir peniaga berbuat demikian boleh mengundang bahaya kepada orang awam dan menimbulkan isu kebersihan persekitaran.