Bicara Sarawak: Sukan antarabangsa galak ekonomi Sarawak

Sarawak bakal menjadi tumpuan peminat sukan setelah berjaya memenangi hak penganjuran dua pertandingan bertaraf antarabangsa pada tahun 2019. Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Ik Pahon Joyik berkata dua acara tersebut melibatkan Kejohanan Olahraga dan Renang Para Dunia Untuk Atlet Kurang Upaya.