Bicara Sarawak: Tahun baharu disambut meriah di Sarawak

Sambutan tahun baharu yang diadakan di tebingan Kuching berhampiran Jambatan Darul Hana pada malam Ahad berlangsung dalam suasana meriah dan penuh warna warni. Lebih 5000 rakyat pelbagai kaum dari sekitar bandaraya Kuching menyaksikan acara pengiraan detik 12 malam bagi menyambut tahun baharu.