Tutup

Bijirin jagung RM4 juta disita

Cubaan syarikat pengimport membawa masuk produk keluaran pertanian iaitu bijirin jagung dari Brazil tanpa permit sah ke negara ini berjaya digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang. Menurut Pengarah MAQIS Negeri, Zarina Ramli, dalam pemeriksaan di Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD), Butterworth Jumaat lepas, pihaknya menyita sebanyak lima juta kilogram (kg) bijirin jagung tersebut yang bernilai lebih RM4 juta.