Bil elektrik tinggi: Lebihan caj dikreditkan semula - TNB

Tenaga Nasional Berhad akan mengkredit semula lebihan caj pengguna meter pintar dalam bil elektrik pengguna tersebut sekiranya semakan mendapati berlaku lebihan caj. Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB negeri Melaka Ahmad Rezahan Mohammad berkata pihaknya akan membuat semakan segera terhadap aduan yang diterima.