Bilangan, jarak RNR di lebuhraya perlu dikaji semula - PPJK

Bilangan kawasan Rehat dan Rawat sepanjang Lebuhraya Utara Selatan perlu dikaji semula memandangkan jumlahnya disifatkan sangat kurang berbanding jumlah pengguna pada satu-satu masa khususnya musim perayaan. Jelas Pengerusi Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan Mohammad Hisham Shafie, kesesakan lalu lintas luar biasa saban tahun pada musim perayaan perlu diambil serius oleh pihak konsesi lebuh raya dalam memastikan kebajikan pengguna terbela.