Tutup

Bilik kawalan CAAM 'jantung' pergerakan udara LIMA 2019

Tiada yang lebih menarik perhatian di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2019) selain daripada pertunjukan udara. Bagaimanapun, segala aksi menakjubkan yang dipaparkan di langit Langkawi itu tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa mereka yang berada di dalam Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Langkawi.