Bill Kayong ditembak menggunaan senapang patah - Polis

Calon Parti Keadilan Rakyat PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, Bill Kayong, mati ditembak di Miri jam 8.30 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil kepada Astro AWANI menerusi aplikasi whatsapp sebentar tadi.