Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

BIMB buka ruang kepada produk berlandaskan Shariah

BIMB Holdings Berhad ditubuhkan pada 20 Mac 1997 dan tersenarai di papan utama Bursa Malaysia pada 16 September 1997. Syarikat ini berperanan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa sesuai dengan aspirasi kerajaan. Semenjak dari awal penubuhan, syarikat ini semakin kukuh mencipta nama sebagai jaguh perbankan Islam, takaful dan juga industri pasaran saham melalui pelaburan strategik dalam pelbagai entiti kewangan berlandaskan Shariah.