Bina sendiri masjid, jangan harapkan bantuan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak penduduk di negara ini membangunkan masjid di kawasan masing-masing tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak ataupun pihak kerajaan. Katanya beliau pernah ke luar negara dan beberapa negara Islam seperti Mahgribi dan Khazakstan tetapi masjid mereka sangat indah dan cantik. Semua itu dilakukan sendiri oleh penduduk tempatan.