BN boleh cipta kemenangan hatrik di PRK Rantau

Barisan Nasional (BN) boleh memenangi pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau, jika mereka dapat mengekalkan momentum kempen seperti di Cameron Highlands dan Semenyih. Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, seandainya berlaku, ia akan mencipta kemenangan hatrik kepada parti pembangkang.