Tutup

BN masih tiada tempat dihati kaum Cina

Majoriti masyarakat Cina masih dibelenggu dan dibayangi dengan politik persepsi, menyebabkan corak pengundian mereka pada pilihan raya umum 2013 dijangka berulang. Menurut Ketua Panel Penyelidik Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, walaupun kerajaan Barisan Nasional sedaya upaya melayani tuntutan kaum Cina dalam bidang pendidikan, ekonomi dan keselamatan, namun ia masih belum cukup untuk menarik hati mereka.