BN perlu kerja keras untuk tangkis tohmahan pembangkang

Barisan Nasional perlu bekerja keras bagi menangkis pelbagai tohmahan pembangkang akibat sindrom kemaruk publisiti yang melanda pemimpin mereka. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata kempen yang dijalankan pembangkang adalah usaha untuk memberi gambaran negatif kepada pimpinan negara ketika ini.