BN tewas PRU14 tetapi UMNO masih ada pengaruh

Biarpun Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerajaan pusat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu tetapi UMNO sebagai parti utama gabungan tersebut masih kuat. Hujah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, jumlah 2.5 juta undi yang diperolehi oleh UMNO dalam PRU14 merupakan bukti pengaruh parti terbesar orang Melayu itu masih kuat.