BN yakin rakyat Sarawak tolak BERSATU

Barisan Nasional (BN) yakin rakyat Sarawak akan menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mula bertapak di Bumi Kenyalang itu. Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan BERSATU sebagai sebuah parti yang tidak memenuhi citarasa rakyat negeri itu.