Boleh tanam pokok ganja tapi perlu kebenaran

Pokok ganja boleh ditanam bagi tujuan perubatan dan kajian, tetapi ia perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan terlebih dahulu. Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Malaysia, Komisioner Polis, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, terdapat undang-undang yang memberikan ruang untuk tujuan tersebut itu dengan bersyarat ia perlu diberikan kebenaran secara khusus.