Boleh tubuh parti baharu, tetapi Melayu berpecah - Tun M

Kerajaan bersikap terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin menubuhkan parti baharu. Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan, penubuhan semakin banyak parti berasaskan kaum terutama Melayu akan memecahbelahkan lagi perpaduan dalam kaum itu di negara ini.